Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi amaran keras pihak yang masih bertelagah dalam isu pemilihan exco baru Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bakal berdepan tindakan berat seandainya masih berdegil enggan mematuhi perintah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM, 29 Jun lalu, terpaksa ditangguhkan kepada suatu tarikh baru setelah terdapat keraguan dalam calon untuk mengisi jawatan dalam majlis tertinggi.
Setelah sebulan tertangguh, MPM masih gagal untuk mengemukakan tarikh baru mesyuarat dan difahamkan pihak PJS sudah pun mengajak kedua-dua belah pihak yang bertelagah untuk memegang pucuk pimpinan utama dalam MPM, iaitu Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Megat D. Shariman Zaharuddin namun tidak mencapai kata putus.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika ini tidak mencampuri urusan itu dan menyerahkan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) baru, Prof. Dr. Irdawati Mohd Radzi, yang masih belum dapat melaporkan diri untuk menyelesaikannya.
"Selagi di bawah bidang kuasa saya, saya sedia masuk campur.
"Tetapi MPM tertakluk kepada persekutuan antarabangsa, saya mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin selagi yang termampu," kata Syed Saddiq yang ditemui dalam perlawanan akhir Piala Global Yakult 2019 di Bukit Jalil, petang tadi.
Selain kemelut MPM, Syed Saddiq juga akan memastikan PJS di bawah pimpinan yang baru dapat diberi ruang bagi menyelesaikan beberapa isu dalaman yang melanda persatuan sukan Malaysia seperti Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM).
"Saya telah mengutuskan surat kepada bekas presiden MPM (Datuk SM Nasaruddin SM Nasimuddin) supaya menyelesaikan kemelut ini secepat mungkin.
"Ini kerana lagi lambat (mereka mengambil tindakan), semakin sukar untuk kami kendalikan atlet sukan yang terbabit.
"Jika ada apa-apa masalah, dia dan kumpulannya perlu menjawabnya," katanya.