Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, masih mencari tarikh sesuai bagi mengadakan pertemuan dengan persatuan sukan kebangsaan (NSA) untuk membincangkan masalah, khususnya daripada segi kewangan.
Sesetengah persatuan sukan ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" dalam mencari sumber kewangan, antaranya sukan menembak, triatlon dan mendaki.
Contoh terbaik ialah apabila Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) bergelut mencari peruntukan bagi membiayai skuad negara ke Sukan Asia 2018 sehingga ada atlet yang mengeluarkan wang poket sendiri.
Oleh kerana jadual yang begitu padat melibatkan Sukan Malaysia (Sukma) Perak dan Sukan Para Asia bulan depan, agak sukar untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencari tarikh sesuai tetapi tidak bermakna mereka lepas tangan dalam isu ini.
"Saya telah memaklumkan kepada Datuk Norza Zakaria (Presiden Majlis Olimpik Malaysia), untuk menganjurkan pertemuan dengan NSA bagi mendengar pandangan mereka," kata Syed Saddiq.
Paling utama, Syed Saddiq turut menegaskan agar persatuan juga tidak hanya goyang kaki menanti bantuan sokongan, sebaliknya perlu giat untuk mencari penaja khususnya daripada syarikat-syarikat korporat.
"Saya telah bertemu dengan tokoh korporat bagi membincangkan mengenai penajaan. Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka perlu turut memberikan keutamaan kepada program akar umbi," katanya.