Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menganggap Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) sebagai medium terbaik kempen motivasi atlet menerusi media sosial.
Seiring perkembangan media sosial sebagai platform terbaik untuk mengangkat motivasi atlet negara, AJNA dianggap medium baru untuk diketengahkan dari ssemasa ke semasa.
Sudah pasti ia sebagai usaha yang wajar diberikan pujian dan boleh dilabel sebagai usaha luar daripada padang untuk mengangkat motivasi atlet mencipta kecemerlangan saban tahun.
"Saya berharap usaha ini diteruskan dalam usaha untuk memberikan pengiktirafan kepada atlet negara, sekali gus melonjakkan semangat mereka untuk memburu kecemerlangan," katanya.
Penganjuran anugerah tersebut turut mendapat perhatian Syed Saddiq, yang turut teruja dengan pemilihan dari emasa ke semasa selain konsep yang digunakan memberikan kesan menarik untuk diikuti perkembangannya.
"Terdapat beberapa rakan yang meminta saya untuk melakukan undian kepada atlet yang bertanding dalam AJNA tetapi saya tidak mahu bersifat berat sebelah terhadap mana-mana atlet. Namun, setiap daripada mereka telah berusaha memberikan yang terbaik kepada Malaysia."
Editor: Ammar Hakim