Mengorbankan masa bersama keluarga sewaktu sambutan Aidilfitri bukan perkara asing buat pemain tenis negara, Syed Agil Syed Naguib, yang memilih untuk bertanding di Thailand sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Kumpulan 3, Zon Asia-Oceania Piala Davis di Singapura, September depan.
Skuad tenis negara bagaikan kehilangan harapan untuk melayakkan diri ke Kumpulan 2 setelah tonggak perseorangan negara, Ahmad Deedat Abdul Razak, meninggalkan kem kebangsaan.
Walaupun sambutan Hari Raya Aidilifitri sudah tiba, tonggak beregu negara itu memilih untuk bertanding dalam Kejohanan Kebangsaan Thailand bagi memantapkan mutu permainannya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahmad Deedat.
"Saya menyertai kejohanan di Thailand sewaktu sambutan hari raya, jadi saya kena korbankan hari raya saya.
"Namun, saya rasa ia sesuatu yang bagus untuk membina kembali semangat saya.
"Saya memiliki keyakinan dengan pasukan ini kerana saya rasa mereka sudah bersedia," katanya ketika ditemui, baru-baru lalu.
Sebelum ini, Syed Agil terpaksa menarik diri dalam pusingan pertama Kejohanan Sirkit Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), 27 Mei lalu kerana mengalami kecederaan paha.