Jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, menerima durian runtuh apabila dihadiahkan sebuah pangsapuri oleh sebuah pemaju perumahan bagi menghargai kejayaan bergelar Mr Universe dan Mr Asia.
Syarul atau lebih dikenali sebagai Mike menerima hadiah pangsapuri bernilai RM198,000 itu kerana mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Pemberian itu telah diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, melalui kerjasama kementerian dengan pemaju perumahan, Aset Kayamas Sdn Bhd, bulan lalu.
Atlet berusia 45 tahun itu merupakan juara bina badan dunia tiga kali berturut-turut dari 2016 hingga 2018 dan juara peringkat Asia empat kali berturut-turut dari 2015 hingga 2018.
Sebuah unit Residensi Jalilmas di Bukit Jalil yang diterima Syarul itu memiliki keluasan 800 kaki persegi, mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, diubah suai serta dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan barangan elektrik bernilai kira-kira RM46,000, yang ditaja sepenuhnya oleh Aset Kayamas.
"Penghargaan ini sangat bermakna di atas usaha saya mengharumkan nama Malaysia," kata Syarul.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Negara kerana menghargai usaha saya sebagai atlet bina badan negara."