Kekangan kewangan dan rasa tawar hati terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) membangkitkan kemahuan jaguh bina badan, Syarul Azman Mahen Abdullah, untuk memikirkan persaraan.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu telah memulakan latihan sepenuhnya bagi mempertahankan kejayaan yang diraih di peringkat dunia dan Asia sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, dia terkilan dengan layanan yang diterima daripada MSN apabila mendakwa permohonan peruntukan elaun bulanan masih tiada jawapan.
Walaupun sudah tiga kali menjuarai gelaran Mr. Universe secara berturut-turut, Syarul Azman masih tidak menerima peruntukan bulanan daripada MSN berbanding atlet sukan teras yang berada dalam program kebangsaan.
"Soal menghalang, ia tidak memberi kesan kepada saya. Walaupun MSN tidak beri, saya akan minta sumbangan daripada pihak lain atau gunakan wang tabung.
"Kadang-kadang memang terfikir untuk bersara. Saya berjasa kepada negara dan membawa bendera Malaysia tetapi MSN tidak hargai jasa saya," katanya.
Syarul Azman bakal memburu gelaran kelima Mr Asia di China, September depan sebelum ke Korea Selatan bagi mencabar status Mr. Universe, dua bulan kemudian.
"Persiapan saya tahun ini memang padat. Saya sudah memulakan diet kerana tahun lalu memang ada peruntukan.
"Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga ada membantu saya untuk dapatkan wang bagi persiapan saya. Saya sudah meminta bantuan MSN tetapi sampai sekarang tiada jawapan," tambahnya.