Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) akur dengan keputusan Syakilla Salni Jefry Krishnan yang enggan menyertai Kejohanan Karate-do Asia Tenggara (SEAKAF) 2019 di Bangkok, Thailand, 12 April ini walaupun baru mendominasi Kejohanan Kebangsaan.
Syakilla menolak tawaran untuk menyertai SEAKAF kerana mahu fokus terhadap Kejohanan K1 di Rabat, Maghribi, 19 April ini.
Kejohanan itu menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, sekali gus bakal menyaksikan penampilan semula Syakilla dalam kategori 55kg.
Rabat akan menjadi penampilan sulung Syakilla dalam kancah K1 setelah terlepas saingan di Paris, Perancis, dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal tahun ini.
"Dia tidak menyertai SEAKAF kerana ingin menyertai kejohanan lain," kata Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.
Mesyuarat MAKAF di Bukit Jalil memutuskan seramai 62 atlet akan memberi cabaran dalam SEAKAF dengan sasaran untuk muncul juara keseluruhan.
Harapan pingat akan digalas atlet senior seperti Prem Kumar dan Nisha Alagasan.
"Kami mahu muncul johan keseluruhan.
"Kami menghantar atlet muda yang tiada dalam program Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kami mahu berikan mereka peluang buktikan keupayaan mereka sebelum dihantar ke tiga kejohanan di luar negara," katanya.