Laluan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 kian berliku buat atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan, apabila perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri ke semua kejohanan kelayakan sebaik sahaja berakhir Sukan Asia 2018 awal bulan ini.
Syakilla telah dimaklumkan bahawa skuad karate negara tidak lagi ditanggung segala kos ke mana-mana kejohanan yang melibatkan kelayakan Olimpik Tokyo 2020 bermula dari sekarang.
Sudah semestinya dia yang paling terkesan, apatah lagi selepas dipalit dengan isu disiplin selain gagal menyumbang pingat dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Namun, Syakilla beranggapan adalah tidak wajar sekiranya Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) melihat pencapaian dalam satu temasya itu sahaja bagi memutuskan segala perbelanjaaan ke kejohanan lain selepas ini adalah di bawah tanggungan sendiri.
"Selepas Sukan Asia, kami mendapat perkhabaran daripada MAKAF bahawa sebarang saingan kelayakan ke Olimpik perlu dibiayai sendiri," kata Syakilla.
Pemenang pingat emas Sukan Asia Incheon 2014 itu, bagaimanapun, tetap berterima kasih kepada beberapa pihak yang tampil membantu memberi tajaan kepadanya sebaik sahaja dia meluahkan rasa kecewanya berhubung isu itu di laman sosial.
"Buat masa ini, segalanya berjalan lancar dan mendapat maklum balas positif mengenai penajaan bagi menghadapi kejohanan akan datang," ujarnya.