Bekas tekong skuad sepak takraw negara, Mohd Syahir Rosdi, meminta agar Majlis Sukan Negara (MSN) mengkaji semula sistem pembayaran elaun skuad sepak takraw negara apabila pemain tidak mendapat bayaran penuh seperti yang termaktub dalam kontrak Program Podium.
"Elaun latihan hak atlet."
Demikian pendirian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas mengetahui Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak mematuhi sistem pembayaran elaun MSN.
PSM memotong elaun latihan pemain yang sepatutnya RM4,500 sebulan jika terdapat masalah peribadi hingga menjadi punca Syahir dan seorang lagi bekas tekong negara, Zulkifli Abdul Razak, mengambil keputusan nekad bersara.
Syahir dan Zulkifli memainkan peranan penting ketika regu negara meraih pingat emas dalam Sukan Asia Indonesia tahun lalu -- menamatkan kemarau 24 tahun skuad negara dalam temasya itu.
"Kalau persatuan ambil, sepatutnya mereka kena tambah balik elaun tu.
"Tapi mereka potong elaun kami jika tidak turun latihan.
"Kami, jika tidak datang latihan, mereka potong elaun kami.
"Yalah, memanglah nak elaun penuh.
"Kalau boleh nak semua 12 orang dapat penuh.
"Kalau macam yang MSN bayar tu, memang kami setuju sangat," katanya.
PSM dijangka mengadakan pertemuan dengan MSN minggu depan sejurus tamat saingan Piala Emas Khir Johari di Terengganu esok.