Skip to main content

Hoki

Syafiq, Zaidatul ungguli Anugerah Sukan UPM

syed-mohamad-syafiq-syed.jpg
Pemain hoki, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, dan pelari 100 meter wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, muncul pemenang bintang harapan di Majlis Anugerah Sukan Universiti Putra Malaysia Ke-33, kelmarin.

Syafiq yang muncul pemain termuda dalam Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, meraih kemenangan tersebut selepas mengetepikan seorang lagi calon, Gurshan Singh dari sukan skuasy.

Menurut pelajar bidang Sains Pembangunan Manusia itu, anugerah berkenaan menjadi bukti bahawa gelaran atlet bukan kekangan menuntut ilmu.

"Sebagai seorang atlet dan pelajar, saya perlu pandai membahagikan masa belajar dan juga masa latihan," jelasnya.

"Saya juga sering meminta nasihat daripada pensyarah jika terlepas kelas, selain sentiasa mengingati pesanan ibu saya," katanya.

 Zaidatul Husniah pula bersyukur kerana peningkatan prestasi dipamerkan kebelakangan ini mendapat pengiktirafan.

Malah, dia memberi jaminan dirinya tidak berasa tertekan walaupun semakin diberi perhatian banyak pihak.

"Alhamdulillah saya bersyukur dengan anugerah yang UM berikan ini, dan saya tidak berasa tertekan, sebaliknya kini lebih fokus," jelas atlet berusia 23 tahun itu.

Sementara itu, penembak negara, Johnathan Wong, muncul Olahragawan UPM manakala pemanah compound negara, Saritha Cham Nong, dinobat selaku olahragawati.

Advertisement

Must Watch Video