Pemain skuasy lelaki negara, Syafiq Kamal, akur apabila tidak berpeluang untuk beraksi dalam Sukan SEA Filipina, November depan, namun tetap akan membuktikan kecemerlangannya dalam Kejohanan Siri Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) musim ini.
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) memutuskan untuk tidak mempertaruhkan barisan utama di Filipina dengan memilih untuk meletakkan sandaran kepada pemain muda bagi meraih empat pingat emas yang dipertandingkan.
Sebelum ini, Syafiq bersama gandingannya, Ng Eain Yow, menghadiahkan pingat emas dalam acara beregu lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Baginya, ini adalah masa untuk dia memberikan tumpuan bagi memperbaiki ranking dunianya yang kini berada di kedudukan ke-93.
"Tahun ni memang fokus semua Kejohanan PSA sahaja.
"Kalau boleh, saya tidak mahu membazirkan kejohanan yang saya pergi sebab setiap kejohanan memberikan mata.
"Saya amat mengambil berat Kejohanan PSA," katanya
Selain itu, pemain berusia 23 tahun berkenaan tidak mahu mensia-siakan peluang ketika turun selaku pemain pilihan ketiga dalam kejohanan jemputan di Isesaki, Jepun bermula Khamis ini.
"Permainan saya lebih kepada kecergasan.
"Sebab itu ia amat penting dalam kejohanan besar seperti ini.
"Tahap kecergasan memang penting, jadi saya harap apa yang saya dah buat dalam minggu ini akan membantu saya mempersiapkan diri daripada segi mental dan fizikal," tambahnya.