Persatuan Golf Malaysia (MGA) menerusi Women in Golf Charter telah melancarkan kempen amal 'Swing For Pink' dalam usaha untuk memperkasakan komuniti golf di dalam kalangan wanita.
Kempen ini turut dianjurkan bagu mengumpul dana tabung diagnostik kanser payudara B40 Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) serta usaha untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit kanser itu.
"Misi kami adalah untuk memperkenalkan sukan golf kepada wanita dan terutamanya kepada bekas pesakit dan pesakit kanser" - kata Timbalan Presiden MGA, Dato Merina Gan selepas upacara perasmian kempen 'Swing For Pink'.
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal PPUM, Prof Madya Dr. Azura Mansor turut senada menyokong kempen amal itu.
"Kempen yang unik untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara melalui sukan golf" - katanya.
Dalam pada itu, dengan melibatkan kerjasama dengan PPUM, kejohanan golf amal 'Swing For Pink' buat julung kalinya akan berlangsung pada 25 September bertempat di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan.