Juara memanah para dunia 2019, S. Suresh, beralih fokus memburu slot kedua peribadi dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan acara berpasukan campuran pula menjadi tumpuan.
Suresh meletakkan sandaran kepada rakan sepasukan, Jennyla Kuew, untuk layak menyertai Kejohanan Para ASEAN di Bangkok, Oktober depan dalam misi mendapatkan slot ke Paralimpik Tokyo.
Bagaimanapun, Jennyla terlebih dahulu perlu mara ke final Kejohanan Sirkit Kebangsaan di mana dia akan beraksi bersama atlet normal.
Suresh percaya rakan sepasukannya itu mampu menggalas dan merealisasikan misi untuk ke Tokyo.
"Saya sentiasa memberitahu kepada rakan sepasukan supaya memberikan tumpuan menampilkan persembahan berbanding meletakkan sasaran meraih pingat," katanya.
Suresh bakal terbang ke Tokyo bagi menjalani latihan bersama jurulatihnya, Marzuki Zakaria, sebagai persiapan awal ke Tokyo 2020.
"Saya akan berusaha untuk menyesuaikan diri di Tokyo dan berlatih selama 10 hari serta mengikut rentak latihan skuad memanah Jepun."