Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau memecahkan tradisi sebagai maktab Majlis Amanah Rakyat (MARA) pertama berjaya mara ke perlawanan akhir Super Schools Rugby (SSR) yang berbaki lima hari lagi.
Bagaimanapun, sejauh manakah jangkauan kemampuan mereka itu akan dinilai pada aksi grand final dengan pertembungan bersama Victoria Institution (VI), yang pastinya tiada laluan mudah disajikan.
"Ia mencetuskan satu fenomena kerana sukan dalam skop MRSM sangat ketinggalan jauh jika nak dibandingkan dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain.
"SBP daripada segi akademik dan kokurikulum memang cemerlang.
"Jadi, ia adalah sinar baharu buat kami terutamanya sukan ragbi di MRSM," kata Izzuwan di Nadi Arena.
Meskipun pada awal penyertaan tiada sasaran besar diletakkan tetapi ketua jurulatih, Izzuwan Ahmad Sukri tekad berpegang kepada prinsip, 'usaha tidak akan pernah mengkhianati hasil' yang akhirnya dibuktikan pada edisi tahun ini.
"Kami kena bagus untuk semua aspek. Mental dan fizikal amnya.
"Kecergasan, kekuatan, taktikal serta kesediaan turut menjadi perkara utama," tambahnya.