Kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, meminta Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meneruskan program latihan khas, termasuk melantik jurulatih penjaga gol dan pukulan sudut penalti, menjelang playoff kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November depan.
Malaysia terlepas peluang untuk menjuarai Pusingan Akhir Siri FIH selepas tewas kepada Kanada 3-2 dalam final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.
Bagaimanapun, skuad negara yang kini dibimbing Roelant Oltmans mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Enggan meratapi kekalahan ini, Sukri berharap skuad negara dapat bangkit dengan memastikan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dapat digenggam November depan apabila bakal beraksi dalam saingan kelayakan.
"Kami akur dengan kekalahan ini. Skuad negara telah melakukan sebaik mungkin untuk menjuarai kejohanan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang berusaha membawa pasukan ke tahap ini," kata Sukri.
"Program khas yang dilakukan sebelum ini akan membantu meningkatkan mutu pasukan untuk kejohanan akan datang. Kelebihan itu akan membantu pasukan menghadapi situasi yang genting seperti pukulan sudut penalti dan penalti strok.
"Saya meletakkan keyakinan dengan kemampuan skuad negara. Kami akan berusaha dalam latihan dalam usaha untuk membawa Malaysia ke Sukan Olimpik," tambahnya.