Atlet wushu Pulau Pinang, Chan Yu Li berharap kejayaan meraih emas dalam acara taijiquan dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) kali ini akan merintis semua peluang buatnya untuk mewakili negara dalam Sukan SEA Manila tahun depan.
Ketika ini, Yu Li masih berada dalam skuad wushu negara, namun sejak Sukan SEA 2015 Singapura, dia gagal meraih tempat ke Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu dan temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang.
Atlet berusia 21 tahun ini mengakui melakukan persiapan terbaik menghadapi Sukma kali ini dan berharap akan beraksi dalam Sukan SEA Manilla tahun depan.
"Kemenangan ini membina keyakinan saya. Selepas ini terdapat satu lagi kejohanan di Bulgaria dan berharap untuk beraksi cemerlang," kata Yu Li.
Sementara itu, atlet wushu Melaka, Tan Cheong Wan, meraih emas keduanya dalam Sukma kali ini apabila mengungguli saingan changquan lelaki dengan 9.62 mata.
Atlet wushu Melaka kini memcuri tumpuan pada Sukma kali ini apabila berjaya meraih tiga emas, semalam.
"Saya tidak menjangka dapat meraih dua pingat emas dalam saingan kali ini. Saya mengikut setiap latihan serta arahan yang diberikan jurulatih," kata Cheong Wan.