Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, Musa Dun, memberi jaminan bahawa Velodrom Rakyat sempat untuk dibaik pulih dan dijadikan venue pertandingan biarpun Sukma akan berlangsung kurang 24 jam sahaja lagi.
Tinjauan di Velodrom Rakyat, Ipoh, menyaksikan ia masih menjalani kerja-kerja pengubahsuaian.
Bagaimanapun, Musa menjelaskan bahawa ia hanyalah persiapan saat-saat akhir dan berjanji akan selesai pada 17 September dan diserahkan kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk menguruskan atur cara saingan berbasikal trek.
Tambah Musa, velodrom tersebut juga sudah pun mendapat kelulusan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Saingan berbasikal trek akan bermula pada 20 September dengan menawarkan 12 pingat emas.
"Ia di peringkat akhir untuk diselesaikan oleh pihak kontraktor bagi memastikan kawasan tersebut boleh digunakan dan acara di velodrom itu boleh berjalan lancar pada hari pertandingan nanti," kata Musa.
Selain itu, pihak kerajaaan negeri juga akan menyediakan perkhidmatan bas untuk memudahkan pergerakan orang awam yang ingin hadir ke Stadium Perak, Ipoh, untuk menyaksikan acara pembukaan esok.
Ia juga sebagai usaha mengelak kesesakan jalan raya di sekitar bandaraya Ipoh dengan anggaran seramai 13,000 orang awam akan memenuhi Stadium Perak yang baru sahaja dibaik pulih.
"Seramai 13,000 orang awam dijangka akan memenuhi Stadium Perak yang mampu memuatkan seramai 29,000 orang.
"Kami harap orang ramai boleh datang kerana kami juga menyediakan skrin layar di luar stadium," katanya.