Persaingan untuk merebut juara keseluruhan di gelanggang wushu Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 semakin sengit apabila Negeri Sembilan menyapu tiga daripada empat emas dalam aksi sebelah pagi, sekali gus menghimpit pendahulu, Melaka.
Dua hari saingan menyaksikan Melaka menguasai gelanggang wushu apabila mengaut keseluruhan lima emas.
Namun, Negeri Sembilan mula mengejar, bermula dengan acara nangun lelaki dan wanita.
Calvin Lee Wai Leong mempamerkan aksi mantap untuk melakar 9.59 mata, mengetepikan pesaing dari Pulau Pinang dan Sarawak.
Penguasaan Negeri Sembilan diteruskan dalam kategori wanita menerusi Jasmine Chong Pei Shan. Dia melakar 9.37 mata untuk menuai emas kedua Negeri Sembilan manakala atlet tuan rumah, Wong Xin Yi, meraih perak dan gangsa milik atlet Sarawak, Lee Hui Xian.
"Ini merupakan penampilan terakhir saya dalam Sukma. Ibu-bapa saya tidak memberikan banyak dorongan dalam sukan ini dan kemenangan ini amat berharga buat saya," kata Jasmine.
Dalam acara qiangshu pula, Elvic Bong dari Sarawak memecah seketika dominasi Negeri Sembilan untuk meraih emas selepas melakar 9.57 mata, sekali gus mengetepikan hasrat kontinjen Melaka, apabila Si Shin Eng dan Ang Qi Yue sekadar meraih perak dan gangsa.
Pang Pui Yee kembali menceriakan kem Negeri Sembilan apabila rutinnya yang hampir sempurna menyaksikan dia meraih 9.54 mata, hanya berbeza 0.01 mata dengan peserta Melaka, Tammy Tan, untuk meraih emas. Gangsa pula milik Sarawak menerusi Stephanie Ngu.
"Saya berpuas hati dengan rutin ini kerana tidak melakukan kesilapan. Saya berharap untuk mempertingkatkan lagi persembahan pada masa akan datang," kata Pui Yee.