Pasukan terjun Sabah mencapai sasaran satu pingat emas mereka lebih awal selepas Gabriel Gilbert Daim memenangi acara 3 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik Tuanku Zara, Kompleks Sukan MBI, hari ini.
Gabriel dilihat tidak menghadapi masalah untuk mengatasi 14 penerjun lain apabila mengumpul keseluruhan 369 mata.
Pingat perak bagi acara itu dimenangi penerjun Selangor, Muhammad Syahmi Mohd Rezal, dengan 315 mata manakala penerjun Wilayah Persekutuan, Hanis Naziral Jaya Surya, sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mengutip 312 mata.
"Saya rasa semua terjunan saya pada hari ini baik, namun saya menghadapi sedikit masalah pada terjunan ketiga berikutan keadaan angin yang sedikit kencang sehingga mengganggu fokus saya.
"Saingan saya pada acara tadi adalah penerjun dari Selangor kerana saya tahu terjunan kami lebih kurang sama, namun saya bersyukur kerana berjaya memenanginya (acara itu)," katanya.
Sementara itu, skuad terjun Sabah turut menyumbang pingat gangsa kepada kontinjen negeri berkenaan menerusi gandingan Nur Ain Nadzmi dan Nurfazriyanti Jali dalam acara 3m platform seirama wanita.
Nur Ain dan Nurazriyani menamatkan terjunan mereka dengan kutipan 213.51 mata.
Pingat emas bagi acara itu dimenangi gandingan penerjun Sarawak, Eilisha Rania Abrial Rajagopal dan Kimberly Bong Qian Ping, yang mengutip 274.05 mata manakala penerjun Selangor, Kooh Hui Yan dan Lim Min, sekadar berpuas hati dengan pingat perak di tempat kedua dengan kutipan 222.06 mata.
Dalam pada itu, pengurus skuad terjun Sabah, Anjelika Sipul, berkata sasaran memenangi pingat emas sebenarnya hanya disandarkan kepada Jellson Jabillin bagi 10m platform individu lelaki.
"Saya gembira kerana sebenarnya saya tidak menjangkakan Gabriel akan menyumbang pingat emas pada hari ini dan saya harap beberapa lagi penerjun kami akan turut mencipta kejutan ini.
"Pujian juga harus diberikan kepada Nur Ain dan Nurazriyani, mereka telah melakukan yang terbaik dan akhirnya berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk Sabah.
"Selain Jellsen yang akan bersaing dalam acara platform individu lelaki, kami juga mengharapkan gandingan beliau dengan Gabriel bagi acara 3m platform seirama akan menjadi," katanya.