Skip to main content

SUKMA

Sukma Selangor: Tuan rumah beri jaminan tiada isu pertindihan logistik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

najwan.jpg
Menjelang temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026, tuan rumah tampak memberikan jaminan bahawa setiap acara dapat dijalankan dengan lancar tanpa pertindihan logistik, meskipun jumlah acara meningkat berbanding edisi terdahulu.

Ia menyaksikan Sukma Selangor mencatat sejarah apabila menawarkan jumlah acara sukan terbanyak dalam sejarah temasya iaitu sebanyak 474 acara berbanding 469 yang dipertandingkan di Sarawak, sebelum ini.

"Dalam pada terdekat pihak sakreteriat Sukma akan berjumpa pasukan teknikal dan pegawai pengurusan sukan agar tiada masalah dan pertindihan dalam penganjuran nanti.

"Memang ada cabaran cuma daripada segi persiapan tersusun dan mengikut jadual yang dirancang," katanya.

Untuk rekod, jumlah itu melibatkan 30 jenis sukan teras dan tujuh jenis sukan tambahan yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal Sukma Ogos lalu.



 

Malah, semua daerah di Selangor akan menjadi venue kepada semua sukan kecuali acara berbasikal trek yang akan diadakan di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan.

Najwan turut mengulas mengenai tahap persiapan venue yang disasarkan siap sepenuhnya pada April depan.


"Pusat Akuatik Darul Ehsan dan Lapan Sasar Menembak Subang, jadi dua venue ini kami sedang selesaikan isu pentadbiran kerana pemilikan bukan milik negeri.

"Isu lain laluan kurang memuaskan, jadi itu yang kami sedang selesaikan." tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video