SUKAN LAIN
Sukma Selangor 2026: Pickleball bakal didaftarkan dalam senarai pertandingan sukan
Sukan pickleball semakin mendapat perhatian menyeluruh di Malaysia apabila penggemar sukan tanah air mula menceburi permainan tersebut sebagai riadah harian selain pembinaan gelanggang yang banyak di negara ini.
Perkembangan pickleball kian popular tatkala cara permainannya melingkupi elemen tenis dan ping-pong.
Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor melalui kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, mengumumkan sebanyak RM1 juta bagi mengembangkan sukan tersebut di negerinya.
Iklan
Selepas pandemik COVID-19, sukan pickleball semakin popular di Malaysia kerana sifatnya yang inklusif untuk semua peringkat umur. Selaras dengan Tahun Melawat Selangor 2025, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Pesta Pickleball Selangor, termasuk Kejohanan Antarabangsa dan… pic.twitter.com/B4E5uYmTBi— Media Selangor (@Media_Selangor) November 15, 2024
Peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada pembentangan Belanjawan Selangor 2025 yang berjumlah RM3 billion secara keseluruhan.
Justeru, Selangor berhasrat untuk menjadi negeri pertama yang menganjurkan sukan pickleball di dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Must-Watch Video