Selangor melaung amaran untuk muncul juara selaku tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2026 menerusi persiapan awal ke temasya berkenaan.
Ia diakui pengerusi jawatankuasa tetap belia, sukan dan keusahawan Selangor, Najwan Halimi, berdasarkan prestasi atlet kontinjen Selangor di Sukma Sarawak baru-baru ini.
Untuk rekod, Selangor menduduki tempat ketiga dengan 56 pingat emas, 64 pingat perak dan 61 pingat gangsa.
Selangor mempunyai sekurang-kurang 60 peratus atlet yang boleh beraksi di temasya seterusnya sekali pun beberapa penyumbang utama pingat emas buat negeri itu ketika Sukma Sarawak tidak lagi boleh beraksi atas faktor usia.
Terdahulu, pemenang pingat emas Selangor ditemasya itu dirai dalam satu majlis santapan bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddn Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Ammar Hakim
Mon Sep 09 2024