88 hari lagi dan bahang Sukan Malaysia (Sukma) bagaikan sudah mula dirasai!
Siapakah atlet kelahiran Sarawak yang bakal kita rungkaikan hari ini?
Atlet tersebut ialah Jonah Chang Anak Rigan.
Jonah Chang Rigan atlet kelahiran Sarawak yang kini sedang namanya sedang melonjak dalam sukan olahraga negara bagi acara lontar peluru.
Jonah yang kini berusia 21 tahun itu pernah mencipta nama di Sukma 2020 apabila dia meraih pingat emas pertama acara lontar peluru buat kontinjen kelahirannya itu dengan mencatat lontaran sejauh 16.65m.
Atlet kelahiran Sarekei ini bukan sahaja muncul selaku permata olahraga negara yang berkualiti dan memiliki prospek masa depan yang cerah dan turut bergelar pemegang rekod kebangsaan selepas muncul selaku atlit lontar peluru pertama yang membuat balingan melepasi 18m iaitu 18.46m di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Cahya Mata 2024.
Terdahulu, Jonah pernah meninggalkan jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Kejohanan Olahraga Kuala Lumpur All Comers 2024 dengan lontaran sejauh 16.97m.
Jonah Chang Rigan melaungkan amaran mahu muncul sebagai Olahragawan Sarawak dimana dia menyasarkan tiga pingat emas di Sukma Sarawak dan sekarang sedang giat melipat gandakan latihan.
Tapi sayangnya, atlet berbadan sasa Sarawak itu memberitahu bahawa Sukma edisi kali ini merupakan kemunculan terakhirnya mewakili Sarawak dalam temasya tersebut.