'Ibarat belut pulang ke lumpur' -- Betrand Rhodict kembali ke Pusat Akuatik Pandelela Rinong buat kali pertama selepas bergelar Olimpian untuk melaungkan sokongan buat semua penerjun muda dalam Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024.
Sama seperti dirinya yang memenangi pingat emas edisi terdahulu, penerjun kebangsaan itu menekankan bahawa panganjuran kejohanan dwitahunan itu merupakan platform terbaik melahirkan pelapis baru bagi menyambung legasi di pentas antarabangsa.
Atlet kelahiran Sarawak itu juga melihat nama-nama baru memiliki potensi besar untuk diketengahkan dalam skuad kebangsaan.
"Saya harap ada kedatangan bakat baru kerana negara kekurangan penerjun muda," katanya.