Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Memanah Terengganu tuai emas hasil berguru di Korea Selatan

memanah-terengganu.jpg
Terengganu Nelang!

Empat pingat emas yang dirangkul skuad memanah Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 secara tidak langsung mencerminkan keberkesanan program jangka masa panjang.

Program pemerkasaan yang berlangsung setiap enam tahun untuk setiap atlet sememangnya dirangka khas untuk mengecapi kejayaan dalam edisi ke-21. 

Program memanah di negeri Pantai Timur itu terbahagi kepada dua iaitu; For Sure Medal dan For Sure Gold Medal.

Hasilnya menyaksikan trio yang diterajui Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki, Muhammad Amiruddin Zulkifly dan Muhammad Hazmi Aisar Azmi dalam saingan compound 50 meter berpasukan.

Selain menawarkan pengalaman beraksi dalam kejohanan utama di serata negara dan andai seseorang atlet itu beraksi di tahap elit saingan peringkat usia, mereka akan diserap ke program utama yang menawarkan peluang sekali dalam seumur hidup beraksi di Korea Selatan.

"Skuad utama dibawa ke Korea Selatan yang merupakan kuasa besar memanah dunia. 

 

"Atlet Korea bukan sekadar kompetitif, kami anggap mereka seperti robot. 

"Mereka menggunakan teknologi iaitu robot, bukan lagi lawan manusia. Jadi kami sedarlah mental dan fizikal mereka sudah bersedia sepenuhnya. 

"Jadi barisan jurulatih telah mengambil kira perkara ini, Insya-Allah program akan datang akan bertambah baik," kata Hazmi Aisar kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di Lapang Sasar Memanah Petra Jaya, Kuching. 


 

Advertisement

Must Watch Video