Kontinjen Sabah berharap mampu 'menuai' emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19, hari ini, menerusi dua atlet judo mereka, Kenji Choi Ken dan Matronati Mel Motusin.
Kenji dijangka mampu mara ke final kategori lelaki 73kg ke bawah manakala Matronati diharap menyerlah dalam kategori 70kg ke atas.
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Pudin, menjelaskan skuad judo disasarkan dua emas dengan sandaran utama diletakkan kepada kedua-dua atlet berkenaan.
"Apapun, sukan seni mempertahankan diri seperti judo ini adalah sukan subjektif di mana keputusan-keputusan seringkali dipertikaikan. Harap-harap mereka dapat kotakan sasaran dua emas," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Sabah juga menaruh harapan kepada atlet muda, Lim Chun Kiat dan Waldron Chee, yang akan bertanding dalam acara berbasikal 40km ujian masa.
Jurulatihnya, Louis Pang, berkata walaupun dua pelumba itu bakal bersaing dengan atlet lebih senior, beliau yakin mereka akan dapat memberi saingan.
"Eiman Firdaus Mohd Zamri dan Aiman Rosli dari Johor adalah pelumba pilihan berdasarkan pengalaman mereka bertanding di pentas Sukan Asia dan Sukan Komanwel tetapi saya fikir kehadiran Lim dan Waldron akan dirasai," ujar Louis.
Sebelum ini, Lim pernah menduduki tempat ke-10 Kejohanan Junior Kebangsaan 2017 dan tempat kelima tahun ini.
Waldron pula menang empat emas dan satu gangsa dalam siri perlumbaan trek Berbasikal Junior Malaysia dan dia merupakan salah salah seorang atlet berbasikal bawah 17 tahun terbaik Malaysia.
"Esok (hari ini) mereka akan bersaing dengan pelumba yang tiga hingga lima tahun lebih tua. Apapun, Sabah sasar berada dalam kelompok 10 terbaik dan ini akan menjadi pencapaian terbaik mereka."