Pemain perseorangan wanita negara, S. Kisona, mempertaruhkan reputasinya sebagai pemain badminton negara bagi membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas untuk kontinjen Negeri Sembilan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 setelah dia gagal berbuat demikian dua tahun lalu.
Edisi terakhir di Sarawak, Kisona hanya dibenarkan beraksi dalam satu acara, iaitu beregu campuran apabila bergandingan dengan Goh Sze Fei.
Perancangan itu dibuat memandangkan Kisona baru sahaja pulih daripada kecederaan serius lutut kanannya.
Dia menamatkan saingan di tangga keempat, namun tetap memendam perasaan terkilan kerana tidak dapat beraksi dalam acara kegemarannya, perseorangan wanita.
Kini dia hadir ke Ipoh berbekalkan semangat baru untuk membantu kontinjen Negeri Sembilan meraih emas memandangkan ini merupakan penampilan terakhirnya dalam Sukma.
"Ini penyertaan terakhir saya dalam Sukma, saya berasa agak sedih kerana dua tahun lalu saya tidak dapat beraksi.
"Saya sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi Sukma kali ini.
"Saya harap dapat menyumbang pingat buat Negeri Sembilan selain sebagai batu loncatan untuk melonjakkan semangat saya," katanya.
Bergelar pemain kebangsaan sememangnya memberi kelebihan buat dirinya berbanding pemain lain dalam temasya itu.
Bagaimanapun, beberapa rakan seperjuangannya di kem negara turut ditagih khidmat oleh negeri masing-masing, antaranya M. Thinaah yang mewakili Selangor manakala Lee Ying Ying beraksi untuk Perak.
Kisona akan beraksi dalam acara berpasukan wanita, perseorangan wanita dan juga beregu campuran.
"Saya akui mempunyai kelebihan kerana peserta lain tidak berlatih seperti kami (atlet kebangsaan), tambahan pula pengalaman mereka cetek.
"Bagaimanapun, para pencabar tidak boleh berasa rendah diri dan pada masa sama, kami perlu berusaha gigih dan tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka," katanya.