Atlet karate harapan Sabah, Pressy Misty Philip, berharap penampilan pertamanya dalam Sukan Malaysia (Sukma) akan memberi keputusan positif buat diri dan pasukannya.
Juara kebangsaan kategori kumite 68kg individu itu adalah antara sandaran kontinjen Sabah untuk memenangi pingat emas dalam Sukma Ke-19 di Perak.
"Ini penampilan pertama saya dalam Sukma, sudah pasti saya mahukan satu kejohanan yang baik dan akan melakukan yang terbaik untuk menyumbang pingat kepada Sabah," kata anak jati Tambunan itu.
Pencapaian terbaik Pressy setakat ini ialah ketika Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu serta Kejohanan Karate Kadet, Junior dan B-21 tahun ini dengan kedua-duanya merangkul perak.
Sementara itu, Pressy turut menjangkakan pencabar utamanya dalam Sukma nanti ialah atlet daripada kontinjen Wilayah Persekutuan dan Selangor.
"Saya pernah mengalahkan mereka sebelum ini tetapi ini (Sukma) adalah satu lagi kejohanan dan saya perlu bekerja keras sekiranya mahu berjaya.
"Saya juga telah melakukan persiapan sejak 10 bulan lalu dan saya harap ia akan memberi keputusan positif," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad karate Sabah, Julian Chin, berkata mereka menyasarkan satu pingat emas daripada Sukma kali ini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA) bagaimanapun berharap atlet yang dipilih mewakili negeri kali ini akan menyinar, seterusnya mampu menyumbang emas kepada Sabah.
Untuk rekod, skuad karate Sabah membawa pulang dua pingat emas, enam perak serta satu gangsa dalam Sukma Ke-18 di Sarawak, dua tahun lalu.
Senarai penuh atlet karate Sabah ke Sukma kali ini terdiri daripada Einstein Junior Edward Justin Majanil, Jasvin Jase, Cleverence Carlos, Elreno Zeru, Stanley Dulian, Richal Mattan, Mcroyce Donovan Dagul, Ar Nickazmie Ahmad, Arthuric Gedion Jiwin, Kellyment Kahan dan Al Nasrin Faisal bagi kategori lelaki.
Sementara itu, senarai atlet karate wanita yang menjadi sandaran Sabah ialah Pressy, Gwendollyn, Vellcarollyne Agustine, Alexandra Jacklya Dakius, Esther Bell Siaw Tze Ling, Cairola Cheverry Wong Yee Ying, Maychelle Roger Mool dan Celine Grace Aloysius Embon.
Kesemua mereka akan berlepas dari Kota Kinabalu ke Perak hari ini dan akan memulakan cabaran di Dewan Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, bermula 15 hingga 17 September ini.