Bekas ratu boling tenpin negara, Datuk Shalin Zulkifli, mendedahkan keperluan Sukma sebelum terlahirnya atlet kental di pentas tertinggi dunia, Sukan Olimpik.
Gelaran Olahragawati SUKMA 1992 jadi detik indah buat Datuk Shalin Zulkifli ?#SUKMA2024 pic.twitter.com/NzH4v4Uhgj
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 12, 2024
Tiada siapa dapat menafikan kepentingan platform Sukma sebagai jambatan pertama bergelar atlet profesional.
Dari Sukma penceritaan akan jadi lebih menarik kemana laluan yang akan menjadi pilihan setiap atlet negara dalam mengejar impian mereka
Bersetuju dengan kenyataan ini, lagenda ratu tenpin boling negara, Shalin menganggap kemunculan di Sukma buat kali pertama dan terakhir sebagai saat termanisnya sebaik di nobat sebagai olahragawati di Sukma Johor 1992.
Dengan membawa pulang empat emas satu perak satu gangsa ketika itu, Shalin yang baru berusia 14 tahun ketika itu tidak menyangka, penampilan kali pertamanya itu membawa impak amat berkesan dalam kariernya sebagai atlet negara.
Hakikatnya perjalanan karier Shalin di laluan tepat.
Selepas di nobat sebagai Olahragawati Sukma, tahun berikutnya Shalin cemerlang melangkah ke pentas antarabangsa sebaik di terima masuk ke skuad nasional dalam umur yang cukup muda.
Tegas Shalin, sejauh mana pencapaiannya telah terlalu, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan betapa pentas Sukma adalah permulaan sempurna selain bonus untuknya yang pernah bergelar olahragawati untuk sukan dwi tahunan itu