Atlet wusyu Wilayah Persekutuan, Ong Yew Meng, menyifatkan kejayaan meraih pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Perak dalam acara nandao lelaki sebagai penebus kegagalannya dua tahun lalu.
Yew Meng memenangi emas selepas mencatat 9.52 mata apabila mempamerkan gerakan menarik yang meyakinkan barisan juri.
Dua tahun lalu, kecederaan tangan membataskan impian Yew Meng untuk meraih emas di Sarawak.
"Saya berasa sedih dengan nasib yang menimpa saya dua tahun lalu.
"Pada masa itu, saya berasa yakin boleh dapat emas.
"Sudah lama saya menangis kerananya tetapi pada hari ini, impian saya tercapai," katanya.
Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Angie Cheah Ruey Shin, membawa pulang emas dalam acara changquan wanita dengan catatan 9.62 mata.
Angie hanya dipisahkan 0.01 mata dengan pemenang perak, Pang Pui Yee, sementara gangsa milik wakil Pahang, Chong Chuo Tong (9.40 mata).
Bagi Angie, kejayaan meraih emas kali ini memberikannya keyakinan untuk merebut tempat dalam Sukan SEA Manila tahun depan.
"Saya sangat gembira tetapi saya berasa agak sedih kerana gagal memberikan aksi terbaik.
"Saya menyasarkan tempat dalam Sukan SEA tahun depan tetapi masih perlu melalui proses pemilihan," katanya.