Atlet wushu meningkat naik negara, Tan Zhi Yan, mula mengukir legasi tersendiri di usia 22 tahun susulan kejayaan mengikut jejak langkah idola yang juga merupakan jurulatihnya, Loh Choon How.
Sensasi terbaru di Sukma Malaysia (Sukma) MSN, melengkapkan hatrik pingat emas temasya dengan kilauan terbaru hadir dalam saingan taijijian.
Lebih manis, Zhi Yan mempertahankan emas yang dimenanginya di Sukma Perak 2018.
Dominasi Zhi Yan itu sememangnya dijangka ekoran status gah yang dibawanya iaitu selaku pemenang pingat emas Sukan SEA Vietnam yang lalu.
Sementara itu, impian untuk membutirkan kilauan pingat emas bagi atlet wushu Pulau Pinang, Chuah Shangyang, kini direalisasikan.
Bukan satu tapi dua pingat emas Sukma edisi ke-20 berjaya dituai.
Di sebalik kejayaan mengukir sejarah baru peribadi, kurang pengalaman "memakan" diri atlet Selangor, Yau Yee Hsuen untuk mempamer aksi terbaiknya.
Dengan Shangyang dijadikan sebagai "sifu", Yee Hsuen meletakkan sasaran edisi seterusnya sebagai medan kebangkitan kariernya, sekaligus melunaskan cita-citanya untuk berada dalam skuad kebangsaan.