Skip to main content

Bola Sepak

Vietnam sudah umum 23 pemain lawan Harimau Malaya

VFF

Juara Kumpulan F, Vietnam, menyenaraikan 23 pemain menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Harimau Malaya dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Nam Dinh hujung Mac ini.

Skuad kendalian Kim Sang-sik sah mara ke Piala Asia 2027 selepas memperoleh kemenangan percuma 3-0 dan tambahan tiga mata usai hukuman penarikan mata terhadap Malaysia yang diputuskan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini.

Advertisement

Ia, sekali gus menyaksikan angan-angan pasukan bimbingan Peter Cklamovski terpaksa menghuni tempat kedua dan gagal mara ekoran dua kemenangan berdepan Vietnam dan Nepal ditarik kerana pemalsuan dokumen tujuh bintang. 

Nguyen Filip, Do Duy Manh dan Quang Hai antara pemain ternama yang mendapat panggil Vietnam, termasuk kepulangan semula pemain naturalisasi, Nguyen Xuan Son, yang mahu membalas dendam tentang kekalahan di Bukit Jalil, Jun lalu. 

Must Watch Video