Kontinjen Sabah menambah lima pingat emas pada hari kelima Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 di Perak, hari ini.
Lima emas itu adalah menerusi acara karate, memanah, sepak takraw, ragbi dan angkat berat.
Seperti dijangka, atlet karate harapan Sabah, Pressy Misty Philip, mengungguli acara kumite wanita bawah 68kg apabila mudah menewaskan atlet Negeri Sembilan, V Nevita Nevon, dalam aksi final dengan keputusan 8-0.
Eugenius Lo Foh Soon pula memenangi emas untuk Sabah apabila mengungguli acara memanah kategori 70m compound dengan 349 mata untuk mengatasi peserta Selangor, Muhammad Aliff Aiman Mohd Hassri (346 mata) dan peserta Sarawak, Ngu Gao Teck (344 mata).
Terdahulu, Marceeta Marlyne Marcus turut menghadiahkan pingat emas untuk Sabah bagi acara angkat berat kategori clean & jerk wanita 58kg dengan angkatan 97kg untuk mencatat rekod baru Sukma.
Sementara itu, pasukan ragbi wanita Sabah mencatat sejarah baharu apabila kali pertama memenangi pingat emas untuk negeri berkenaan dalam sukan itu selepas menewaskan Selangor 31-0 dalam final.
Satu lagi emas untuk Sabah disumbangkan skuad sepak takraw wanita menerusi acara regu berpasukan selepas menewaskan tuan rumah, Perak, 2-1.
Penambahan lima pingat emas itu menyaksikan Sabah naik ke kedudukan kelima daripada 15 kontinjen dengan jumlah kutipan pingat keseluruhan sebanyak 10 emas, lima perak dan lima gangsa.