Perenang Selangor, Ng Jing Fu, meraih kejayaan berganda dalam penampilan pertamanya dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 di Pusat Akuatik Tuanku Zara, hari ini.
Jing Fu, 17, meraih pingat emas dalam acara 200m kuak dada lelaki dengan catatan masa 2 minit 17.47s untuk memecah rekod kejohanan apabila mengatasi catatan masa 2:19.12s milik perenang Selangor, Daniel Lim Jun Liang, pada edisi lepas di Sarawak.
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik rakan sepasukannya, Desmond Ng Yi Hao (2:19.61s), dan perenang Johor, Tey Ji Xing (2:26.71s).
Jing Fu, pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hua, Klang, Selangor sangat berbangga dengan kemenangan yang dilakarnya itu dan ia adalah hasil latihannya secara konsisten.
"Sebenarnya, saya tidak menyangka dapat pecah rekod Sukma kerana ini adalah penampilan pertama saya dan ramai lagi atlet yang hebat," katanya yang telah meraih dua emas dan satu perak dalam Sukma edisi ini.
Menurut Jing Fu, kejayaan yang dicapai hari ini menyuntik semangatnya untuk meraih emas dalam acara 4x100m rampaian berganti-ganti lelaki esok.
Sementara itu, Wilayah Persekutuan menambah koleksi emas dalam acara 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki dengan mencatat masa 7:40.17s untuk memperbaharui rekod Sukma dengan mengatasi catatan terdahulu, 7:43.67s, yang dipegang Selangor dalam Sukma Sarawak.
Wilayah Persekutuan diwakili Keith Lim Kit Sern, 20, Khiew Hoe Yean, 15, Chan Jun Jian, 18 dan Sebastian Soon, 16.
Pingat perak dan gangsa masing-masing milik Selangor (7:45.98s) dan Sarawak (7:59.18s).
Keith ketika ditemui pemberita berkata penampilan terakhirnya dalam Sukma kali ini membawa kegembiraan buatnya dan rakan sepasukannya.
"Saya sangat senang berlatih dengan mereka (rakan sepasukan) walaupun mereka lebih muda daripada saya. Saya harap mereka teruskan latihan dan mencapai kejayaan,” katanya.
-- BERNAMA