Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, memberi jaminan akan memastikan penganjuran Sukma Malaysia (Sukma) 2018 Perak berlangsung dengan baik meskipun terdapat beberapa prasarana yang tidak siap sepenuhnya.
Faizal mengakui tidak gembira dengan keadaan di beberapa venue pertandingan Sukma yang masih memerlukan beberapa kerja penambahbaikan tahap akhir untuk siap sepenuhnya.
Justeru, beliau akan memantau sendiri bagi memastikan segala kerja pembinaan tahap akhir tidak akan menjejaskan penganjuran Sukma di Perak kali ini.
"Ini merupakan imej buat Perak. Kami menerima pengunjung seramai 12,000 orang, termasuk atlet dan pegawai," katanya.
"Kami akan memastikan penganjuran Sukma kali ini berjaya dan setiap venue akan disiapkan.
Sementara itu, Ahmad Faizal turut menaruh harapan tinggi terhadap kontinjen negeri Perak untuk muncul juara keseluruhan kali ini.
Baginya, setiap pasukan yang mewakili Perak dalam temasya kali ini sudah melakukan persiapan terbaik bagi memastikan mereka mampu muncul juara keseluruhan.
"Sasaran kami adalah muncul juara keseluruhan edisi kali ini. Saya mahu setiap atlet dapat menampilkan aksi terbaik," tambahnya.