Atlet wushu Negeri Sembilan, Calvin Lee Wai Leong, menyifatkan pengalaman beraksi dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang memberikanya keyakinan untuk meraih emas dalam acara nanquan lelaki bagi saingan Sukan Malaysia (Sukma) Perak, semalam.
Calvin gagal meraih sebarang pingat dalam Sukan Asia dan mengakui kecewa dengan penampilan di Jakarta.
Bagaimanapun, atlet berusia 21 tahun ini meneruskan latihan sejurus pulang daripada Sukan Asia bagi menebus kegalan tersebut dalam saingan Sukma.
"Selepas pulang daripada Sukan Asia, saya meneruskan latihan dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan dan memperbaiki persembahan dalam Sukma," kata Calvin.
Dalam saingan nanquan, Calvin meraih 9.54 mata untuk memastikan emas. Pencabar terdekatnya adalah Muhd Adi Salihin Roslan dari Brunei yang meraih 9.50 mata manakala wakil Pulau Pinang, Chuah Shangyang, di tempat ketiga dengan 9.48 mata.
Saingan wanita pula diungguli atlet Melaka, Tan Cheong Min, dengan 9.56 mata.
Emas yang diraih semalam menebus kegagalan Chong Min untuk memenangi acara nandao, kelmarin.
Perak diraih peserta Kelantan, Nor Azira Kamaruddzaman, dengan 9.50 mata dan gangsa milik wakil Sarawak, Lee Hui Xuan, dengan 9.05 mata.
"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan kali ini. Dalam Sukan Asia, saya meraih tempat keempat dan mahu membuktikan bahawa empat tahun lagi saya mampu meraih pingat untuk Malaysia," kata Cheong Min.
Sementara itu, saingan taijiquan lelaki menyaksikan wakil Wilayah Persekutuan, Kerk Qing, meraih emas dengan 9.40 mata.
Kerk mengakui teruja dengan kejayaan meraih emas meskipun ini adalah penampilan pertamanya di pentas Sukma.
"Saya berterima kasih kepada jurulatih-jurulatih saya, memang saya tidak sangka mampu meraih emas kerana baru tujuh tahun serius dalam wushu," katanya.
Perak diraih wakil tuan rumah, Aw Sheng Hao, dengan 9.35 mata manakala gangsa milik wakil Melaka, Eddie Chin dengan 9.31 mata.