Kejutan terus disajikan di Lapangan Memanah Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini apabila peserta bukan pilihan mengungguli pingat emas dalam final recurve individu lelaki dan wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2018.
Bagi final lelaki, atlet Sarawak, Bryson Ting Tiew Luing, berentap dengan peserta dari Melaka, Norhairul Nizam Rosdi.
Dalam edisi dua tahun lalu di Sarawak, dia hampa selepas gagal meraih sebarang pingat, ditambah beberapa acara yang disertai sebelum ini dalam Sukma 2018 berakhir dengan kegagalan.
Namun, untuk acara individu, dia tampil dengan aksi konsisten sehingga ke final sebelum menundukkan Norhairul Nizam dengan keputusan 6-4 untuk mengungguli emas pertamanya di pentas Sukma.
Gangsa menjadi milik Pahang menerusi Muhammad Farhan Hakim yang mengatasi peserta Negeri Sembilan, Izat Halmie Ishak.
"Saya tidak rasa yakin ketika beraksi tetapi langsung tidak memikirkan tentang lawan dan hanya fokus kepada persembahan peribadi.
"Saya sedar tidak boleh terlalu memikirkannya kerana akan lebih kecewa jika gagal," kata Bryson.
Dalam saingan wanita, Perlis akhirnya meraih emas sulung menerusi sukan memanah dalam temasya kali ini hasil usaha daripada atlet berusia 17 tahun, Nur Hafifah Yaziz.
Hafifah mengatasi peserta dari Wilayah Persekutuan, Farah Nurhannah Rasheedy, 6-4 sambil gangsa menjadi milik wakil Pulau Pinang, M. Priyawaswary, selepas menundukkan wakil Kedah, Fatin Izzatie Noris
"Saya hanya mahu berusaha dan mengatasi diri sendiri. Ini adalah rezeki Allah dan ia telah diatur serta tidak boleh berputus asa," ujar Hafifah.