SUKAN LAIN
Sukma: Aniq beralih ke kategori 61 kg
Penyumbang pingat pertama kontinjen negara di Sukan Komanwel Birmingham -- Mohamad Aniq Kasdan 'beralih selera' untuk pembabitannya di temasya Sukan Malaysia (Sukma) bulan depan dengan peralihan kategori ke saingan 61 kilogram.
Pemenang pingat emas angkat berat Sukan Komanwel itu kini akan memberikan tumpuan utama terhadap saingan baru itu berbanding kategori lama, 55 kg namun tidak tanduknya itu jadi persoalan utama -- mengapa Aniq tukar kategori?
Nama Aniq Kasdan menjadi bualan ramai susulan merangkul pingat emas Sukan Komanwel hasil angkatan keseluruhan 249 kg bagi snatch dan clean & jerk -- atlet berusia 20 tahun itu mengambil serius temasya Sukma kali ini memandangkan ini merupakan medan kayu pengukur kepada persaingan sengit kategori 61 kg.
Iklan
Faktor utama peralihan kategori ini melibatkan hala tuju program ke Sukan Olimpik Paris yang tidak mempertandingkan acara kegemarannya 51 kg -- atas faktor itu, Aniq menyahut cabaran terbesar musim ini.
Biarpun masih baru dalam saingan 61 kg yang didominasi rakan sepelatih, Muhammad Aznil Bidin, Aniq menolak kebarangkalian untuk dirinya menghampiri rekod kebangsaan milik Aznil sebaliknya -- fokus rekod keseluruhan dari kelayakan Sukan Olimpik.
Must-Watch Video