Lahirnya legenda!
Exco Belia Sukan dan Keusahawanan, Najwan Halimi, menyifatkan usaha sedang giat dijalankan bagi menempatkan e-sukan dalam salah satu acara yang akan dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026.
Dengan adanya pertandingan Selangor Future Cup kali ini, ia merupakan platform terbaik bagi melahirkan pelapis mewakili Selangor dalam temasya itu pada tahun hadapan.
Selain itu, dia menjelaskan Kejohanan MLBB di antara sekolah negeri Selangor merupakan sesuatu yang luar biasa dengan penglibatan wanita dalam e-sukan yang mampu menghadirkan seri dalam Mobile Legends Bang Bang (MLBB).
"E-sukan sedang dipertimbangkan untuk dilibatkan dalam Sukma. Ia bukan sukan teras tapi sebagai salah satu sukan tambahan yang dilaksanakan dalam Sukma Sarawak yang lalu.
"Jawatankuasa Tertinggi Sukma akan putuskan pada 26 Februari ini sama ada e-sukan sebagai sukan tambahan dalam Sukma. Mudah-mudahan program ini untuk mencungkil bakat bagi menjadi wakil dalam Sukma", kata yang ditemui dalam Majlis Perasmian Selangor Future Cup di AEON Mall Shah Alam hari ini.
Dalam perkembangan lain,dia turut menyahut baik seruan Menteri Besar Selangor, Datuk seri Amirudin Shari, untuk mengubah Hotel Carlton sebagi pangkalan e-sukan menerusi pelaburan sebanyak RM1 juta yang bertujuan untuk menjadi tuan rumah kejohanan antarabangsa dan serantau.
"Kami mungkin cadangkan supaya projek tersebut dimanfaatkan sepenuhnya, bukan sahaja hab elektronik sahaja. Kami mahu pastikan pembangunan secara holistik, bukan terhad kepada e-sukan sahaja," katanya.