Nama Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar semakin hangat diperkatakan orang ramai dan dijangka mampu mengikuti jejak abangnya, Muhammad Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali.

Mikail atau lebih dikenali sebagai Miki, baru-baru ini memenangi pingat emas dalam kategori 42 kilogram (kg) bagi usia 14 hingga 15 tahun di WBC Amazing MuayThai World Festival di Bangkok, Thailand.





Pastinya keupayaan Miki mempertahankan gelaran ini jadi tonik terbaik untuk dirinya bukti kredibiliti selaku man-to-watch di Sukma Sarawak, di mana sukan muay thai akan diadakan di Pusat Beli Belah Naim Paragon, Bintulu bermula 15 Ogos ini.

Menurut ketua jurulatih Muay Thai Sarawak, Muhammad Azan Mohd Nadzri, skuad Bumi Kenyalang itu mensasarkan dua pingat emas untuk Sukma edisi ini.