Wakil Brunei, Walid Lachkar, melakar sensasi apabila muncul sebagai pemenang pingat emas pertama sukan wushu kem kontinjen tersebut dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas 10 tahun ketika edisi 2014 di Perlis.
Atlet berusia 19 tahun itu berjaya mengumpul mata tertinggi 9.613 menewaskan 18 peserta lain untuk mengesahkan kemenangan bersejarah buat Brunei.
Sebagai rekod, Md Izzudin Irfan Md Faizal merupakan atlet terakhir dari Brunei membawa pulang pingat emas dalam acara kumite lelaki 84kg pada 2014.
Najmi Iman
Thu Aug 15 2024