Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan bahawa Selangor dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-22 yang dijadualkan pada 2026.
Sistem penggiliran tuan rumah SUKMA ditetapkan secara berselang seli
setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.
Kendatipun begitu, negeri-negeri boleh menawarkan diri sekiranya tidak melibatkan kos pengelolaan yang besar serta memiliki kemudahan mencukupi.
Selangor tampil menawarkan diri untuk mengelolakan temasya berprestij tersebut dan mendapat persetujuan sebulat suara oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia ketika mesyuarat berkenaan diadakan.