Skip to main content

SUKMA

SUKMA 2024: Selangor mahu tamatkan kemarau pingat emas acara futsal

futsal.jpg
Penyerang skuad futsal Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, Zulkifli Abu Hassan Zali, berazam untuk menamatkan kemarau pingat emas di Sarawak.

Pasukannya dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Qusmaini Nur Rusli, malah menyaksikan Selangor memiliki skuad yang terbaik bagi menamatkan penantian itu.

Sukan futsal dipertandingkan dalam tiga temasya SUKMA sebelum ini, namun Selangor masih tidak berjaya memungut sebarang pingat, dengan  pencapaian terbaik kontinjennya adalah ketika mara ke peringkat separuh akhir pada edisi 2011.


 

Tetapi terpaksa akur apabila tewas kepada pasukan Negeri Sembilan dan seterusnya gagal pada aksi penentuan pingat gangsa kepada Sarawak.

"Latihan kami agak keras hingga ada yang cedera, ini untuk bersaing mendapatkan tempat dan meningkatkan stamina pemain serta tektikal kami.

"Sasaran kami semestinya untuk mendapatkan pingat emas untuk membuka mata jurulatih di Malaysia melihat pemain selangor sekali gus mencerahkan peluang kami beraksi di pentas Malaysia Premier Futsal League (MPFL).

"Cabaran kami adalah pasukan tuan rumah (Sarawak), Pahang, Johor dan Terengganu memandangkan mereka telah membuat persediaan awal berbanding kami yang lewat. Tetapi kami percaya ada rezeki nanti." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video