Berbaki dua minggu lagi sebelum saingan Sukan Malaysia (Sukma) membuka tirainya dengan segala persiapan pasukan sudah pun berada pada tahap terbaik termasuk skuad Lawn Bowl Perak.

Dengan meletakkan misi mempertahankan dua pingat emas yang pernah diraihnya dalam edisi lalu, ketua jurulatih, Sazeli Sani, berasa yakin terhadap kemampuan anak buahnya.

Ini berikutan, Majlis Sukan Negeri Perak mengambil inisiatif untuk menghantar skuad ke Sydney bagi menjalani latihan dan juga kejohanan bersama beberapa pasukan terhebat di Australia.

"Edisi lalu sangat baik kami peroleh dua pingat emas, dan tiga perak dalam lima acara final.

"Sasaran kami letakkan dua emas dengan pemain masih ada iaitu Ali Imran sebagai sandaran." katanya.

Dalam pada itu, dua atlet prospek pula dijadikan harapan bagi melaksanakan impian tersebut iaitu, Nur Izzati Rosli dan pemenang pingat emas edisi lalu, Muhammad Ali Imran.

Ingin menamatkan kempen temasya terakhir peribadi itu sebagai suatu yang berharga, Ali Imran tekad untuk mendominasi dua acara yang disertainya iaitu Triple dan Fours.

"Seperti kata jurulatih, mereka beri sasaran untuk saya raih emas. Ini bukan beban tetapi buatkan saya lagi semangat untuk dapatkan pingat memandangkan ini Sukma terakhir saya." Kata Nur Izzati Rosli.