Ketua jurulatih ragbi lelaki Wilayah Persekutuan, Mohd Firdaus Abdul Manan, menyasarkan sekurang-kurangnya pingat gangsa mampu diraih dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, kali ini.

Jelasnya, walaupun hampir keseluruhan tonggak baharu merupakan antara resepi yang bakal menjadi senjata rahsia kontinjen Wilayah Persekutuan kerana lawan sukar mengetahui kelemahan dan kekuatan pasukannya.

Wilayah Persekutuan diletakkan dalam Kumpulan B bersama Selangor dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, skuad ragbi kendalian Mohd Firdaus berlepas pada 17 Ogos dan memulakan aksi pertama berdepan Pulau Pinang pada 19 Ogos ini.

"Pada pandangan saya selepas beberapa kejohanan yang lepas ada beberapa pasukan yang akan berikan kesan seperti Johor, Selangor dan Terengganu.

"Persiapan saya sudah hampir 90 peratus, tanpa sebarang kecederaan sebelum terbang ke Sarawak nanti.

"Apa yang boleh ditambah lagi adalah dari aspek emosi dan semangat pada penghujung fasa ini. Itu yang perlu ditambah baik." Katanya kepada Nadi Arena.