Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) merayu agar sukan angkat berat, yang sering terpalit dengan isu doping, dipertimbangkan untuk dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2020 bagi menggilap potensi bakat baru.
Presidennya, Datuk Ayub Rahmat, menganggap keputusan masih mempertimbangkan sama ada angkat berat akan dipertandingkan dalam temasya itu sebagai tidak adil.
Malah, katanya, sekiranya digugurkan dalam temasya sukan terbesar di negara ini, ia sudah pasti memadamkan impian dan peluang atlet pelapis negara.
“PABM mengambil perhatian terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menyatakan masih mempertimbangkan sama ada sukan angkat berat akan dipertandingkan dalam Sukma 2020.
“Persekutuan menganggap keputusan itu tidak adil kerana peratusan kes positif doping angkat berat Sukma Perak cuma 1.7 peratus, iaitu tiga daripada 177 atlet yang menyertai temasya sukan terbesar negara itu tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ayub berkata bahan larangan yang digunakan tiga atlet tersebut baru berkuat kuasa tahun lalu di mana sebelum ini ia dibenarkan dan berkemungkinan pembekal kepada Majlis Sukan Negara (MSN) tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.
Beliau berkata semua negeri sudah membuat persiapan dalaman sebagai persediaan Sukma 2020, malah kejohanan antara pusat latihan, kejohanan persahabatan dan kejohanan antara negeri sedang giat berlangsung dan jika digugurkan, ia akan mematahkan usaha PABM, majlis sukan negeri dan persatuan negeri.
Menurutnya, beliau dimaklumkan beberapa perbincangan dan lawatan tapak ke lokasi sukan angkat berat Sukma 2020 sudah dilakukan beberapa kali dan mendapat respons positif demi memastikan sukan itu berjaya diadakan.
“Sebagai makluman, PABM bersama-sama MSN, Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), persatuan angkat berat negeri serta atlet dan jurulatih sentiasa bekerjasama agar isu doping ini tidak berlaku lagi dalam sukan ini.
“Program berbentuk seminar, bengkel pendidikan, sesi penerangan dan ujian saringan doping kepada atlet negara yang akan bertanding dalam kejohanan di peringkat antarabangsa juga telah dilakukan,” katanya.
Tambahnya, PABM juga sudah menggantung penyertaan atlet negara ke kejohanan antarabangsa selama setahun bermula 30 Mei 2018 hingga April lalu, yang bertujuan memberikan pengajaran dan pendidikan kepada atlet agar tidak mengambil bahan larangan dalam sukan tersebut.
Beliau berkata buktinya pada tahun ini, tidak ada kes terbaru doping walaupun ujian saringan telah dilakukan ADAMAS dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) terhadap atlet negara, sekali gus menunjukkan usaha yang dilakukan PABM, persatuan angkat berat negeri, jurulatih dan atlet benar-benar serius bagi menangani isu doping.
“Justeru, saya mewakili PABM, persatuan angkat berat negeri, jurulatih serta atlet, mendesak dan merayu agar sukan angkat berat dipertimbang serta dimasukkan semula dalam Sukma Johor 2020 bagi menggilap potensi baharu anak-anak Malaysia,” katanya.
Semalam, Syed Saddiq dilaporkan berkata kedudukan sukan angkat berat dalam Sukma 2020 masih samar dan diletakkan di bawah status 'KIV’ (untuk perhatian lanjut) oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2020.
Syed Saddiq berkata jawatankuasa itu hendak memastikan sukan angkat berat bebas daripada isu doping kerana setiap tahun ada sahaja atlet angkat berat terpalit dengan isu tersebut.
Sukma 2020 akan berlangsung di Johor dari 11 hingga 19 Julai 2020.
-- BERNAMA