Ketiadaan sukan angkat berat dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 akan memberi implikasi negatif apabila Malaysia mungkin tiada penerus legasi pemenang pingat dalam Sukan Komanwel.
Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah, bimbang kebanyakan atlet terpaksa membawa haluan sendiri setelah Majlis Sukan Negeri terpaksa menutup program sukan itu jika ia tidak dipertandingkan.
Masalah kini bukan sahaja berkisarkan tentang ketiadaan elaun yang diperuntukkan kepada mereka, malah sukan itu akan terus dipinggirkan hingga tiada lagi pelapis boleh dibentuk.
Setakat ini, status angkat berat masih dalam pertimbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk dipertandingkan dalam Sukma atau sebaliknya.
Ia gara-gara siri kes doping yang membabitkan sukan itu -- tiga kes dilaporkan dalam Sukma Perak 2018.
"Kesan itu akan berlaku, terutama apabila kita ingin mencari pelapis untuk diketengahkan dalam Sukan Komanwel, kerana angkat berat merupakan penyumbang emas terbesar dalam temasya itu," katanya.
Sebagai pengurus pasukan Wilayah Persekutuan, Janius mengkui ketiadaan sukan itu akan memberikan kesan terhadap pungutan pingat kontinjennya.
"Ia tidak adil buat atlet muda kerana yang terkena doping dalam Sukma lalu bukanlah (menggunakan) bahan-bahan rangsangan seperti steroid ataupun S1.
"Ia cuma S6 yang terkandung dalam minuman isotonik," tambahnya.