Tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang masih menimbangkan keputusan untuk menyenaraikan acara angkat berat dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 atau sebaliknya, mencetuskan kegelisahan dalam kalangan pemegang taruh sukan itu.
KBS masih mempertimbangkan perkara itu, namun ia masih berstatus "KIV", tambahan isu penggunaan bahan terlarang sering kali mencemarkan nama sukan itu dalam kalangan atlet negara yang beraksi di pentas Sukma mahupun antarabangsa.
Pengurus sukan angkat berat Wilayah Persekutuan, Ahmad Janius Abdullah, berpandangan terdapat beberapa kesan jika sukan itu tidak dipertandingkan dalam Sukma.
"Disebabkan sukan angkat berat masih lagi dalam status KIV untuk dipertandingkan dalam Sukma, banyak kesan yang berlaku -- antaranya pemberian elaun kepada atlet-atlet dan pembelian peralatan dan kelengkapan atlet masih lagi tidak memiliki kepastian untuk menghadapi temasya itu," katanya.
"Bagaimanapun, atlet-atlet Wilayah Persekutuan masih lagi meneruskan latihan dan kami yakin sukan angkat berat akan dipertandingkan.
"Kami dapat melihat berdasarkan Persatuan Angkat Berat Malaysia yang berusaha bagi menyelesaikan kemelut ini. Kami, bagaimanapun, memastikan atlet terus berlatih demi masa depan sukan ini."
Janus turut menjelaskan kontinjen Wilayah Persekutuan bakal terjejas kerana sukan angkat berat merupakan antara penyumbang utama pingat emas selepas mereka meraih lapan pingat emas daripada acara tersebut dalam edisi tahun lalu.
"Benar, ia akan memberikan impak kepada kontinjen Wilayah Persekutuan daripada segi pungutan pingat jika sukan angkat berat tidak dipertandingkan. Saya menegaskan kami akan kekal komited dalam membuat persiapan.
"Sukan angkat berat merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan digemari oleh rakyat Malaysia dan saya berharap ia akan dipertandingkan," tambahnya.