RAGBI
SUKIPT: Skuad ragbi UiTM hilang tonggak utama
Skuad ragbi 7's Universiti Teknologi Mara (UiTM) kehilangan tonggak utama menjelang Sukan Intitusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula Sabtu depan.
Ini selepas pemain skuad kebangsaan, Ahmad Zulhilmi Azizad, mengalami kecederaan patah tulang selangka sewaktu bertemu Afrika Selatan dalam aksi peringkat kumpulan Sukan Komanwel Birmingham minggu lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, ketua jurulatih, Azmri Abd Kahar, berkata kepada wartawan Astro Arena, Yeoh Pek Xian: "Bagi saingan SUKIPT, komposisi pasukan kami hampir 100 peratus cuma kahilangan seorang pemain yang patah bahu dalam Sukan Komanwel lalu.
Iklan
"Jadi, kami perlu melakukan persiapan saat akhir bagi menggantikannya.
"Apapun, kami menjangkakan pasukan ini akan melakukan yang terbaik dalam SUKIPT walaupun kehilangan seorang pemain.
"Zulhilmi merupakan seorang yang mudah memenangi bola. Apabila bercakap mengenai perebutan bola di udara, memang dia akan dapat, hampir 100 peratus.
"Apabila kehilangannya, kami perlu mencari penyelesaian lain agar perebutan bola di udara masih akan memihak kami," katanya.
Must-Watch Video