Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT: Khiew Hoe Yean akur peraturan baru rencat peluang bolot emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khiew-hoe-yean.jpg
Olimpian negara, Khiew Hoe Yean, tidak mahu melepaskan peluang memberikan aksi terbaik walaupun ia sekadar pentas Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Sintok, Kedah, bermula Jumaat ini. 

Dia yang mewakili Universiti UCSI meletakkan misi mempertahankan gelaran Olahragawan edisi 2022 yang menyaksikannya ketika itu dia meraih 11 pingat emas dan satu perak dalam setiap acara yang disertainya.

Namun, kini pihak penganjur menetapkan peraturan baru iaitu mereka hanya boleh sertai tiga acara individu dan tiga acara berganti-ganti.

"Segalanya berjalan baik setakat ini, saya baru kembali daripada rehat selepas menyertai Sukan Olimpik. 




"Sudah tiga minggu saya sudah membuat persiapan. Walaupun tidak 100 peratus bersedia tapi saya tetap berkeyakinan untuk memberikan cabaran. 

"Apa pun, peraturan baru melibatkan had acara yang boleh disertai menyebabkan peluang untuk saya bergelar lebih tipis," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video